I'm going to share this selawat, which sangat menyentuh perasaan. Rasa tenang sangat even dengar ulang-ulang sehari suntuk.
Semoga Ayah tenang dan dijauhkan dari segala kesusahan siksaan kubur, ditinggikan darjatnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Semoga Allah lindungi aku dan keluargaku,ampunkan dosa kedua ibu bapa ku, berikan kami rezeki halal yang melimpah ruah, jauhkan kami dari kesusahan, malapetaka, aib dan musuh.
I hope this selawat will benefit you too.
يَا رَبَّنَا اعْتَرَفْنَا بِاَنَّنَا اقْتَرَفْنَا
Ya tuhan kami, kami mengakui
Bahawa kami telah melakukan kesalahan
وَاَنَّنَا اَسْرَفْنَا عَلَى لَظَى اَشْرَفْنَا
Dan kami telah melampui batas
Dan kami telah menghampiri jurang kebinasaan (neraka)
فَتُبْ عَلَيْنَا تَوْبَةْ تَغْسِلْ لِكُلِّ حَوْ بَةْ
Maka ampunilah kami dengan ampunan
Yang dapat membasuh semua dosa kami
وَاسْتُرْ لَنَا الْعَوْرَاتِ وَآمِنِ الرَّوْعَاتِ
Tutupilah semua aib kami
Dan tenteramkanlah semua ketakutan dan kegelisahan kami
واغْفِرْ لِوَالِدِيْنَا رَبِّ وَمَوْلُوْدِ يْنَا
Dan ampunilah para orang tua kami
Ya Tuhanku, dan juga semua anak cucu kami
وَالْآلِ وَالْاِخْوَانِ وَسَائِرِ الْخِلَّان
Dan semua keluarga, serta semua saudara kami
Dan semua sahabat karib kami
فَضْلًا وَجُوْدًا مَنَّا لَا بِاكْتِسَابٍ مِنَّا
Berdasarkan keutamaan, kemurahan dan kurniaanMu
Ya Allah Tidak berdasarkan hasil usaha kami
بِالْمُصْطَفَى الرَّسُوْلِ نَحْظَى بِكُلِّ سُوْلِ
Dengan wasilah nabi yang terpilih iaitu Rasul Allah
Dalam setiap permohonan kami diijabah (dimakbulkan)
Betul menyentuh hati...
ReplyDelete