Wednesday, June 26, 2019

Sabah : Part 2 - Tunku Abdul Rahman National Park (2016)

#DAY2


Hari kedua berada kat Sabah , Ya Allah , rasa bahagia sangat. Hahahahaa overly attached!
Pagi tu Kak Ju ketuk pintu bilik dalam pukul 5 pagi. Berpisat-pisat biji mata nak buka , nak-tak-nak kena bangun juga , perform Subuh , bersiap , packing barang dan breakfast. Around 7.30 pagi , Abang Adi , our tourist guide sudah bersiap-siap tunggu kat bawah.

Let's go to the beach!

Jesselton Point Waterfront. Tempat yang buatkan kitorang excited pada awal pagi tu. Kami guna khidmat Kaunter number 10, Island Hop Express dan dapat pakej student so harga boat trip untuk ke 3 pulau dan snorkeling gear for 6 pax dapat dalam RM43. Murah dari apa yang dijangka.

Cost:

Island Hopping  RM43 per group + Terminal fee student RM3.82 per pax + Conservation Fee RM3 per pax , so seorang need to spend RM14 .

But then we need to pay few bucks more on our way back sebab 1 snorkeling gear hilang! Haih. *semua jeling Ainn*

We decide to go to :
  • Pulau Manukan
  • Pulau Sapi
 
 

At first we plan to do Parasailing , only cost RM70.00 at Manukan , our first pit stop. Sebab percutian ni bukan percutian yang "mewah" , so kalau boleh jimat memang nak buat benda-benda yang jimat je.  Pastu abang yang incharge kitorang cakap kat Manukan ada aktiviti Sea-walking! I'm the one who excited bout this activity sebab before ni kitorang ada borak-borak pasal sea-walking tapi harga dia terlampau mahal , tapi kat Manukan , Sea-walking only cost RM150 including cert and CD picture. Lepas abang tu register nama , semua bengang  je memikirkan perbelanjaan dari RM70 naik ke RM150! Heheheehe. Sekali seumur hidup je kottt~

Pengalaman? Sumpah cuak! Masa nak turun dalam laut dengan paras 5meter kebawah , bila pakai topi oxygen yang beratnya 30KG , air laut yang sejuk gila , doa dan mengucap memang tak lekang dari mulut. Masa tulah macam-macam zikir ,doa makan , zikir taubat nasuha semua keluar.
Dalam takut , bila dah reda sikit darah gemuruh , tetiba keadaan akan rasa lebih tenang actually .Dia punya "nikmat" , SubahanAllah . Rasa tenang damai memang tak boleh nak gambarkan!

Seawalking!




For the next pulau , kitorang hanya buat aktiviti FREE , snorkeling . Bajet habis hahahaha.
Oh by the way , kalau nak pergi pulau , silalah bawa bekal makanan dan minuman. Air tin , snacks kat pulau-pulau ni harga memantol-mantol! Nasiblah kitorang memasing sangat tak kisah , sanggup berkongsi makan minum. Kalau tak.....imagine Coke 1 can , RM6. Beli 6 tin dah RM36 , campur keropok bodoh-bodoh tu RM5 1 pack...kempis.


   

Selalunya kalau area pukul 1 sampai 3 tengahari , aku memang akan cuba elak untuk duduk bawah panas. Tapi masa kat sini , lupa terus pasal kita ni Photophobia. Selalu berpanas mesti migraine , tak pun mata sakit....tapi masa ni Alhamdulillah sikit pun tak pening. Excited concur all i guess.



Petang , lepas balik dari pulau , Abang Adi bawa pergi kilang coklat , Muzium Sabah dan Pantai Tanjung Aru. Since this post  all dedicated for Pulau ,kita sambung cerita petang kat different post.

See you next time! :)

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Cara buat duit dengan Shopback Cashback!

Sekarang semua application banyak yang guna method CASHBACK . Korang just spend untuk pembelian and then in return, you will get some p...