Saturday, June 29, 2019

Sabah : Part 3 - Pantai Tanjung Aru , Sabah State Museum & Heritage Village , Cocoa Boutique Kota Kinabalu (2016)

#DAY3

Hahaha! Look at my tittle , too long , many  words fit in sekali jalan!

Ya. Cerita hampir basi. Tapi sebab tadi Lydy cerita pasal trip ke Sabah , baru teringat entry ni dah duduk dalam draft box berbulan-bulan. By the way , untuk lengkapkan cerita selepas kitorang balik dari pulau hari tu , around  2 or 3PM,  kitorang  meet up balik dengan Abang Adi. Sampai je kat van , terus serbu 7Eleven depannya sebab masing-masing kebuluran! Masa kat 7Eleven ni lah first time kitorang  merasa makan "roti Sabah" and  you know what ,it taste good! Ramai kawan-kawan cakap roti kat Sabah ni lain sikit rasa dia , keras lah , tak sedap lah , tawar lah ,  but for me ,rasa dia memang sedap. Kalau roti Gardenia tu , kau tertekan sikit je terus penyek tapi roti ni gebu gebas , makan seketul terus boleh kenyang! Sedih terlupa ambil gambar , kalau tak boleh share sikit rupa roti sedap tu. Ok cukup cerita pasal roti. 

 Actually plan untuk petang tu kitorang nak pergi Monsopiad Cultural Village tapi Abang Adi kata tempat tu agak jauh dari bandar , takut tak sempat sampai sebab dah tutup. He then suggest us untuk visit Sabah State Museum sebab kat sana ada Heritage Village , so kenalah dengan niat hati yang kononnya nak pergi tengok cultural thing. Tapi sedih! Sampai sana , kitorang ada setengah jam or 15 minit ntah masa tu sebelum museum tutup. Oh by the way , for your information , kebanyakkan tempat kat Sabah tutup awal. Tutup awal based on waktu jam tangan kau yang berasal dari semenanjung. Imagine jelah pukul 5 petang dah gelap! So kitorang macam berjalan dengan perasaan yang "Alahhhhh apa niiiiiii...". Tetiba Abang Adi jumpa pintu masuk ke Herritage Village! So apa lagi.... Sempatlah tengok sikit-sikit rupa rumah traditional dan beli souvenir kat sini.





 So next , Abang Adi bawa tengok sunset! View sunset yang paling cun di KK of course-lah kat Pantai Tanjung Aru. Mood romantic spreading wild!







Tak banyak benda yang boleh buat kat pantai ni selain bersantai-santai dan pesta selfie. So after about 1 hour , Abang Adi bawa kami ke Cocoa Boutique Kota Kinabalu.

 

Untuk peminat coklat , kat sini syurga dunia kau. Macam aku , memang hilang pedoman habis bila masuk tempat ni. Macam-macam jenis coklat ada kat sini , dari yang selalu kau pernah makan sampailah ke coklat yang weird. Paling over dia punya pelik ialah coklat perisa cili. Boleh bayang macam mana rasa dia ? Kau masuk mulut , rasa dia manis gila. Melt kat dalam mulut. Pastu bila dia dah hilang dari mulut , haaa! pedas dia muncul. Selain cili , perisa curry pun ada , betik , pisang , tongkat ali , tiramisu , kopi dan macam-macam lagi. Harga dia tak terlalu mahal dan tak juga murah sangat. Tapi masih mampu beli berkeping-keping jugaklah. Huhuhuhu. 



Malam , lepas makan , kitorang berjalan ke pasar untuk cari ikan dan ayam untuk dibawa ke Kundasang esoknya! Wihuuuuuu BBQ mode ON! Harga ikan memang murah gila  , berbeza betul dengan pasar kat Pasir Gudang ni. Untuk bahan marinated BBQ , benda yang paling susah nak jumpa ialah sos blackpaper. Susah gila nak jumpa. Sangat! Cili atau benda pedas-pedas ni memang kurang senang kau nak nampak kat sini. Siapa yang tak boleh makan kalau tak pedas , harap bertabah. Kalau bermalam di Kundasang , ramai yang suggestkan untuk belilah barang basah untuk dibawa ke sana sebab malam-malam susah nak cari tempat makan plus malam-malam tiada aktiviti sangat yang kita boleh buat selain BBQ, sesi luahan perasaan , kira bintang , nyanyi-nyanyi ke kan...memang tak bolehlah nak jalan-jalan waktu malam. Tak boleh. Sekarang bayangkan kau ber-BBQ sambil mengadap Gunung Kinabalu. Fuh!   

 Next entry ,  #Day 4 : Kundasang!  

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Cara buat duit dengan Shopback Cashback!

Sekarang semua application banyak yang guna method CASHBACK . Korang just spend untuk pembelian and then in return, you will get some p...